Mini Moke adalah satu varian kereta
Mini yang direka untuk
British Motor Corporation oleh Sir
Alec Issigonis [1]. Nama kenderaan ini berasal daripada nama
Mini yang mana kerangka Mini Moke diasaskan dan “Moke” satu perkataan kuno untuk
keldai [2][3][4].Reka bentuk asal adalah sebagai sebuah kenderaan pelbagai guna tentera seperti mana kenderaan
Jeep yang digunakan oleh Angkatan Tentera
Amerika Syarikat. Tetapi saiz roda yang kecil dan ketinggian Mini Moke tidak mencukupi untuk kegunaan jalan lasak (off road). Oleh itu, Mini Moke ditawarkan kepada orang awam sebagai kenderaan pelbagai guna kos rendah yang memerlukan selenggaraan mudah. Mini Moke akhirnya diterima ramai sebagai sebuah bugi pantai (beach buggy) dan mencapai tahap kultus di
Australia,
Amerika Syarikat dan di tempat-tempat peranginan tropika yang lain. Mini Moke awal menggunakan enjin asal seri A, transmisi dan suspensi asal kereta
Mini keluaran British Motor Corporation
[5][6].Kenderaan Mini Moke mula dibina di kilang
BMC di
Longbridge di
Birmingham, tetapi pengeluarannya kemudiannya dipindahkan ke luar negara. Sebanyak 14,500 buah kenderaan Mini Moke dikeluarkan di
United Kingdom di antara tahun 1964 and 1968, dan 26,000 buah kenderaan dikeluarkan di
Australia di antara tahun 1966 dan 1981. 10,000 buah kenderaan lagi dikeluarkan di
Portugal dalam tahun 1980 hingga 1993 apabila pengeluaran Mini Moke ditamatkan
[3].